Thursday, July 10, 2008

Ketua Pembangkang kemukakan usul tidak percaya kepada PM dan Kabinetnya Isnin ini

Datin Seri Dr Wan Azizah dengan diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membawa satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) sebentar tadi.

Usul tersebut telah dihantar sendiri oleh Datin Seri Wan Azizah kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Haji Mulia di pejabat Speaker dengan diiringi oleh Encik Lim Kit Siang (Ipoh Timur) dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Jika dibenarkan oleh Speaker, usul tersebut akan dikemukakan pada hari Isnin akan datang.

Teks penuh Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.”

Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan 'Tsunami Politik' yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.

Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.

Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini.

1 comments:

Anonymous Monday, August 11, 2008 3:28:00 AM  

Islam = PAS = Osama Bin Laden = Terrorism
This is my conclusion about PAS after watching the protest led by Salahuddin Ayub in front of the Bar Council's building. The speeches and protests have only humiliated Islam and Muslims on the world stage, and have only consolidated the perception of Islam's association to violence and terror.

Loading...
Loading...
Loading...
22 Ahli Parlimen PAS


Ihsan MS Abu Sahid

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP