Friday, July 4, 2008

Biodata

Salahuddin bin Haji Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Pontian, Johor. Berketurunan kacukan Melayu-Cina.

Salahuddin Bin Ayub mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973). Kemudian di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976). Belajar pula di Sekoalah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (1979-1980). Mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Khas pada 1977. Seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan mendapat ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berkahwin dengan Fatimah Taha pada 1985 dan mendapat 6 anak.

Kerjaya/politik

* Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.
* Setiausaha ,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian (1981-1983).
* Pada 1983, Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Dewan Pemuda PAS (2003-sekarang).
* Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003).
* Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003).

Pengalaman

* Menyertai Himpunan Gabungan Pemuda Malaysia untuk menyokong rakyat Lubnan oleh semua pimpinan Parti Politik Negara pada tahun 2006
* Debat Perdana dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 2003
* Di penjara pada 2001 kerana telibat dalam perhimpunan Ops Kriket Israel di Universiti Malaya.
* Ketua misi kemanusiaan Dewan Pemuda PAS ke Kosova (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).
* Wakil Kerajaan Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLKN.
* Anggota International Parliamentary Organization (IPO) dan anggota kepada Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.

Pilihan raya umum Malaysis 2004

Dalam Pilihan raya Umum 2004, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Alamat

* Ketua Dewan Pemuda PAS, Aras 2, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-26925000, Fax: 03-26938399

4 comments:

Anonymous Saturday, July 05, 2008 11:18:00 AM  

Tahniah Yang Berkhidmat! Keep it up!

Anonymous Sunday, July 20, 2008 1:40:00 AM  

Assalamualikum wr wbt
YB,
Diharap pemimpin-pemimpin PAS dapat membantah sekeras-kerasnya cadangan kerajaan UMNO untuk menurunkan kuota biasiswa JPA kepada pelajar Melayu (55%).
Apa lagi yang kita nak hilang? Sudah beri nanti, susah nak tarik balik..
Macam matrikulasi yang telah dibuka 10%..yg dapat 4 flat dan dapat bidang2 hebat dimonopoli bukan melayu..
Dalam perlembangan turut tersebut tentang hak keistimewaan orang melayu, misalnya dalam pendidikan..
Kenapa orang Melayu sendiri menggadaikan hak keistimewaan itu?

Tuntasan Islam Monday, August 11, 2008 2:24:00 AM  

Bagaimana nak bagi Melaka pula ditadbir oleh PAS teringin juga nak Macam Kedah,Kelantan,Perak serta setengah kawasan Kuala Lumpur , Selangor , Pulau Pinang, Terengganu , Johor .

Anonymous Wednesday, August 27, 2008 7:52:00 PM  

A'kum En.Salahuddin.
Sy ingin mintak jasa baik En.Din raise up issue CMCA(Central Malaysia Catalogue Association) memonopoli secara kotor kerja2 pembekalan di IPTA(UTHM,UPM,UKM dan lain2).di Parlimen.Khabarnya ownernya ada kaitan dgn Pak Lah.Ini menutup peluang perniagaan utk Kontraktor Bumiputra apa mesti pembelian utk UPM,UTHM dll dibuat HANYA dr CMCA sdgkan ramai lg Bumiputra kontraktor Bumiputra lain.Mintak tlg raise up kt Parlimen.Tq.

22 Ahli Parlimen PAS


Ihsan MS Abu Sahid

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP